Jangan mengalah..


     
     Kehidupan tak selalu kita impikan. kadang kala kita mahu yang terbaik sangat sehinggakan kita tak dapat yang kita nak lalu kita mengalah dan putus asa. Walau pahit mana pon dugaan tu jangan pernah mengalah dan selalu ingat Allah S.W.T sentiasa ada dengan kita.

   Setiap orang punya masa silamnya, setiap orang pernah buat kesalahan.. jangan sesekali kita hukumnya, ingatlah kita pon manusia biasa yang tak pernah lari dari kesilapan. kesilapan yang lalu beri pengajaran untuk masa hadapan. jangan pernah mengalah. andai kita rebah, tersungkur atas lantai kerana kesalahan kita yang lalu, bangkit lah dan jangan mengalah. ayuh bangun jangan biarkan orang lain ketawa dengan kekalahan kita.


     Hidup hanya sekali dan mati pon hanya sekali.. jangan sia-sia kan kehidupan. jangan disebabkan putus cinta, awek or pakwe lari, kita nak bunuh diri. semua yang berlaku ada hikmah.biarkan dia bahagia walaupon kita disini merana. maybe itu bukan jodoh kita.. silap ambik jodoh orang lain. aku pegang perpatah " kalau dah jodoh, tak kemana."

     andai, kita pernah dihina, dikutuk dan difitnah.. memang sakit hati, memang rasa nak menampar ja muka orang tu. Tapi ingat, semua tu dugaan.. walau dipandang hina sekali pon janganlah kita mengalah.. itu semua dugaan.. biar mereka dengki dengan kita. maybe kehidupan kita lebih bahagia daripada mereka.


    Kadang-kadang tu, berdiam lebih baik sebab nak jaga perasaan orang lain tapi last-last kita yang sakit hati dan tiada sorang pon jaga perasaan kita. tapi kalau sampai kita bersuara yang lama kita bekukan ni, rasa tak ada sanggup dengar kot. aku jenis suka berdiam.. sampai satu tahap aku tak boleh terima, aku akan melangkah pergi dan bawa hati yang luka.. bukan aku mengalah tapi mahu cari ketenangan diri.


 
 

  SEMUA YANG DIATAS INI, DARI HATI AKU YANG TELUS..



p/s: lama tak update, sekali update ayat penuh dengan emosi.. ambik kauuu... tak ada niat nak tuju untuk sesiapa.. aku  menaip ikut kata hati, update mengikut cara sendiri..

                                                                                                                       
 
Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Setiap orang ada masalah..

Assalamualaikum guys..

     Lama tak update blog, tetiba rindu nak menaip.. walaupun tahu bukan ada orang nak baca pon. sekarang minggu exam tapi menyempat lagi nak update sebab rindu sangat nak blogging ni tapi asyik busy tu la, busy ni la..

    Pernah tak korang rasa sampai satu  tahap korang akan rasa stress dan disekeliling kita semua benda tak betul. benda ini terjadi apabila nak exam atau ada masalah. Seteruk mana pon masalah itu, kita harus ingat Alla S.W.T selalu ada dengan kita. Andai masalah itu datang, anggap ja la itu satu ujian yang daripadanNya. prinsip iqa "tuhan tak bagi masalah tu kalau kita tak boleh nak handle".

    Pernah gaduh dengan orang tersayang contoh BF or GF ka , family ka? kalau orang perempuan lepas gaduh tu mesti nangis kan atau muka muram. tapi selalunya menangis la. (termasuk diri iqa sebab iqa ni sensitif sikit) tapi malu nak nangis depan orang. kunci pintu bilik, dok sorang-sorang lepas tu nangis la puas-puas. itu hilang masalah atau nak kurang nak masalah tu, kalau dah nangis tu teruskan menangis sebab menangis tu dapat hilangkan tekanan. menangis la sepuas-puasnya andai itu dapat anda akan rasa lega.

    Dalam hidup kita kan, ada seorang dalam hidup kita yang kita percaya dia sangat. apa pon cerita  or masalah kita akan bagitau dia. Tapi jangan silap cari orang sebab iqa pernah percaya dengan makhluk tuhan ni, kita punya la cerita masalah kita kat dia.. senang-senang ja dia cerita kat orang lain. sebab tu sekarang apa pon masalah iqa diam dan tak pernah bagitau. trauma dan fobia. tapi sejak ada roomate ni kan apa pon hal luah ja.. tak pendam dah. maybe masing-masing jauh dengan family, hidup pon kena berdikari so masing-masing ambik berat. budak bilik iqa cakap iqa ni kena paksa dulu baru dia nak cerita.. hihi.. jangan marah ya..

   Apa lagi eh nak taip ni, kalau ada masalah dengan BF or GF.. doakan lah selalu "apa pon masalah kita dengan dia, kalau dia dah ditetapkan dia jodoh kita, macammana pon dugaan tu, kita tetap disatukan. tapi kalau dia bukan jodoh kita, doakanlah dia dijodohkan dengam orang yang lebih baik dari kita dan sentiasa doa dia bahagia." to si dia.. saya sayang awak.. hihi.. ( dah mai dah perasan gedik tu) haha..

   ok, babai.. esok exam oi.. sambung study balik.. GOODNITE..

 
Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Iqa zaliqa dah muncul...

Assalamualaikum semua...

      wewit wewit..... lamanya tak update blog, berapa zaman dah iqa tinggal blog ni..nak kata buzy macam PM,  tak pon.. hahaha.. tak ada cerita la nak ceritakan sebenarnya. Ada juga member tanya kenapa dah lama tak update blog?? iqa cuma senyum ja la. dalam hati cakap ' rasanya tak ada orang nak baca blog aku?' kan... kan.. kan... rindu nak blogging, stalk blogger orang tapi sekarang dah sambung study so memang la buzy sikit.

      entry last iqa dulu kolej KPTM kan, now iqa baru sem 2 dalam diploma in Accounting, alhamdulillah pointer sem 1 memuaskan, tak ada repeat paper.. syukur sangat2 tak repeat paper, kalau repeat paper malu gila weyh kena belajar subjek repeat tu dengan junior. tetiba ja orang panggil 'kak' rasa tua pulak. kih kih kih.. bohong kalau time study tak ada dugaan yang datang. banyak dugaan yang datang secara tiba-tiba pulak.. tapi semua tu mematangkan kita kan.. doakan sem sem akan datang tak repeat paper tau...     

   dulu sebelum masuk, selalu takut kalau tak dapat roomate yang sporting dan baik.. habis lah aku!! dah la aku ni jenis suka sembang dan perangai gila-gila sikit. buatnya mereka tak suka cara aku ka percakapan aku ka?? memang rasa nak berhenti lah!! (anak bongsu, memang camni) tapi alhamdulilah mereka semua sporting habis.. Dan yang penting mereka semua pandai  dan dan dan mereka tak kedekut ilmu..(banyaknya dan dia)

   satu lagi, pray for MH370 supaya kita dapat jumpa pesawat  tu.. rasa sedih kot bila tengok keluarga mangsa sedih. semoga keluarga mangsa tabah ya.. iqa yang tak ada kena mengena dengan mangsa pon dah menitis air mata.. pulanng lah, kami merindui anda!!!

 errr... nak taip apa lagi ya, tak tahu dah lah... semoga lepas ni tak abai kan blog ni.. tata titi tutu



      
Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...