(maksud-maksud huruf nama anda diawal ejaan...) 
A:ACCEPT
Pertama,terimalah diri anda sebagaimana adanya,bersyukur dengan apa yang ada dan jangan pernah
Cuba membandingkan diri dengan orang lain.

B:BELIEVE
Percaya terhadap kemampuan diri untuk meraih apa yang diingini dalam hidup.

C:CARE
Sayangi diri dan hargai diri sendiri melebihi segala yang ada di dunia ini.

D:DIRECT
Sentiasa arahkan fikiran kamu pada hal-hal positiF (+) yang bakal meningkatkan rasa percaya diri.

E:EARN
Tak kiralah apa juga penghargaan atau kritikan yang diterima ,terimalah dengan hati terbuka dan sentiasa
Berusaha menjadi yang terbaik .

F:FACE
Pastikan muka itu sentiasa ceria walaupun seribu masalah yang melanda wajah yang ceria mampu
Mengurangi rasa stress tau !

G:GO
Jangan takut untuk membuat perubahan dan tegakkan keadilan .

H:HOUSE WORK
Luangkan masa untuk mambuat kerja –kerja rumah kerana ia bakal , mengasah kretiviti .
Ada kalanya juga mampu mengurangkan stress.

I:IGNORE
Jangan pedulikan orang sekeliling yang dengki dan tak senang melihat kejayaan kamu .

J:JEALOUSY
Buang masa cemburu la hanya membuatkan seseorang itu tak menghargai kelebihan diri sendiri.

K:KEEP
Terus berusaha walaupun sering gagal .

L:LEARN
Setiap orang membuat kesalahan .Biasalah tu jadi ,belajar daripada setiap kesalahan itu dan elakkan daripada mengulangi kesilapan yang sama .

M:MIND
Belajar mengawal fikiran sendiri daripada terpengaruh dengan perkara negative(-) dan mengamalkan sikap berfikiran terbuka .Terimalah pendapat orang lain kalau ia untuk kebaikan .

N:NEVER
Jangan sesekali terlibaat dengan perkara yang menjatuhkan maruah diri sendiri dan keluarga .

O:OBSERVE
Hayatilah segala hal di sekeliling anda .perhatikan , dengarkan dan belajar daripada orang lain.

P:PATIENCE
Belajar  bersabar kerana ia adalah kekuatan jiwa yang tak ternilai dan bakal membuatkan anda terus berusaha .

Q:QUESTION
Pertanyaan perlu untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu pengetahuan .

R:RESPECT
Hargai diri sendiri dan juga orang sekeliling anda .

S:SELF CONFIDENCE ,SELF ESTEEM ,SELF RESPECT
Percaya diri ,hargai diri,citra diri ,penghormatan diri menjadikan manusia lebih kuat walau apa pun terjadi .

T:TAKE
Bertanggungjawab pada setiap apa yang dilakukan.

U:UNDERSTAND
Fahamilah dan terima kenyataan hidup ini ada masa turun dan naik.Tapi jangan sesekali menyerah kalah.

V:VALUE
Setiap orang ada nilai harga diri,jadi hormatilah jangan sesekali memalukan diri sendiri dan orang lain.

W:WORK
Kalau anda pelajar,jadilah pelajar yang cemerlang dan sebagai seorang pekerja,jadilah pekerja yang hebat.

X:X’TRA
Berusaha dengan lebih gigih bakal membawa kejayaan yang luar biasa.Kalau usaha 50-50,maka hasilnya sendiri mahu ingat lah kan?

Y:YOU
Kamu…makhluk yang unik dan sangat sempurna.Jadi jangan disia –siakan hidup yang indah.

Z:ZERO
Kalau usaha zero maknanya hasilnya zero juga,jangan jadi mat jenin ya.Be rasional.    
    • p/s: ni dah lama dah iqa dapat, baru ja nak publish, hehe... so, tengok la, betul ataupon tak..