Lepas demam, Mingrain la pulak...

Salam..
 

      Hari ni, Iqa ponteng kolah, bukan saja-saja ponteng la, tapi ada sebab, sebabnya tengah malam tadi sakit kepala teramat sangat, macam kena nyabut nyawanya tadi.. iqa jadi macam histeria menjerit sangat-sangat, tapi bukan kena rasuk la, sebab sakit kepala, pagi tadi bangun, tiba-tiba suara tak da nak cakap.. kemana suara pergi hah?? merajuk kot.. haha.. Dah la tak da suara lepas tu sakit tekak pulak..

  

     Mak cakap jangan pergi sekolah sebab nak pegi klinik.. ok, iqa dengar cakap mak, sebab memang tak larat sangat-sangat.. Tadi pergi klinik, doktor cakap tekanan darah rendah sangat dan didapati ada mingrain, doktor cakap suruh makan kerang, jangan tidur lewat sangat dan yang paling penting jangan dok depan latop sangat.. haha..

 
     Sekarang ni pon iqa sakit kepala sangat-sangat, tapi iqa tahan.. maybe lepas ni macam tak boleh dah nak update blog sangat dan tak boleh on9 fb dah.. sebab nak bagi lega sakit kepala ni.. Tahun ni paling mencabar bagi iqa, sebab nak SPM lepas tu migrain pulak.. harap penyakit ni cepa lega...



p/s: Iqa akan cuba anggap ubat-ubat tu coklat sebab iqa memang tak suka makan ubat.. tapi nak lega kan.. terpaksa la.. :)

Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Demam la pulak .. :)

Salam...

    Korang sihat?? tak sihat, p la jumpa doktor cepat2, hehe, iqa tak sihat ni.. demam pluss selsema plusss batuk.. haha, petang tadi  jumpa doktor ja ni.. ambikkk hang iqa.. sekali dapat ubat punya la banyak.. dah la iqa tak suka makn ubat, tapi hingus ni duk meleleh ja, nak tak nak makan ja la ubat.. hehe..

    korang ce tengok gambar bawah ni..

                               Tekan gambar tu untuk nampak jelas..


     Apa pendapat korang, tu iqa pos kat  FB iqa, yang orag komen tu tolong abaikan la ya.. huhu... yang post bawah tu, nampak sangat bilik iqa berselerak kan.. kalau kemas balik, berselarak lagi.. yala mula kemas buku-buku elok-elok ja kat dalam almari lepas tu bila nak cari buku-buku pulak, berselerak pulak bilik tu.. apa gelak-gelak, korang pon sama la dengan iqa. macam la iqa tak tahu.. haha...


      Post atas tu pulak, maksud mendalam kan.. " bukan senang nak jadi senang, bukan susah nak jadi susah," ok, korang pilih yang mana, adakah  A." bukan senang nak jadi senang", atau  B. "bukan susah nak jadi susah", antara A atau B?? lau iqa, iqa pilih  A.. Sebab memang sekarang susah nak capai kesenangan tu, tapi bila dah senang,  macam-macam kebaikan kita dapatkan tapi jangan la salah guna kesenangan tu ya..



      Iqa dah tak larat nak taip panjang-panjang ni, pening kepala la.. tapi nasib baik tak da migrain.. ok la blog, iqa belah dulu...




P/S: ubat sedang menunggu untuk iqa telan ubat-ubat tu.. nak tak nak, kena la.. adoi2.. doakan iqa semoga cepat sembuh ya...


    
     
Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Musim Sibuk....

 Salam...

     Lama tak buat entry, bukan sengaja tak nak buat tapi TERSENGAJA tak nak buat.. haha.. boleh pulak TER.. sekarang kan musim sekolah.. weyh, letih gila beb.. baru xsampai sebulan kolah aku rasa macam dah 3 bulan sekolah.. banyak kerja kena buat.. dah la form 5 dah sekarang.. Mentang-mentang la senior kat sekolah (muka aku ni macam senior ka?? haha)  banyak kerja kena buat, aku ni pulak tamak semua jawatan nak.. haha bukan nak tapi dapat la.. hehe..

 
    Serius iqa rasa beban teramat sangat, ari jumaat sabtu pon ada kelas, tambah pulak nak cuti raya cina ni kan, iqa rasa macam tak cuti sebab ada kelas, kena p kolah.. masa iqa banyak habis di sekolah.. p pagi balik petang.. nasib baik tak kena p malam.. haha..

     Sekarang ni, iqa jarang update blog.. maaf ya blog, kena tinggal jap ja, nanti lepas SPM, iqa update selalu sampai korang muak nak baca.. haha.. FB pon jarang on9, on9 gak tapi lepas balik kolah time petang tu atau tengah malam lepas siap kerja kolah.. tak macam dulu dah, on9 24 jam ja.. haha..  

 
     Jadual iqa sekarang, kalau iqa tidur tengah malam iqa akan bangun koi 6 lebih la, tapi kalau iqa tidur awal macam lepas isyak, iqa akan bangun koi 3 atau koi 4, sebab nak buat kerja kolah.. Nanti kalau tak buat, tak pasal-pasal kena marah.. haha..cikgu iqa selalu cakap yang kami ni (budak kelas iqa) dah pijak 1 kaki kat university tinggal 1 lagi ja kaki nak pijak lepas tu terus masuk la.. haha.. tapi kena berusaha la, sebab usaha tanggal kerjayaan kan.. hehe..

     1 lagi, teacher iqa suruh kami (budak kelas iqa) buat diary tapi dalam bahasa English.. mampus la aku nak karang ayat dalam bahasa English, tapi nak buat macam mana untuk masa depan kita gak kan, try la korang tulis diary dalam bahasa english, boleh tak buat?? lepas tu suruh sapa-sapa la baca tapi ingat oarang yang baca tu kena simpan rahsia apa yang korang tulis tu la, dia paham tak korang tulis, kalau tak paham tu cuba buat lebih ok lagi, tapi iqa, teacher la chek..  teacher iqa sporting orangnya...


    Ok la, tak tahu bila pulak nak update, rasanya nanti la ya.. banyak kerja kena buat lagi.. tolong jaga blog iqa ya lepas ni.. hehe.. (ada ka orang nak jaga???)

  P/S: Tolong doakan supaya iqa berjaya dalam SPM ya.. terima kasih.. :)

Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...