Sambung study di KPTM Alor Star..


  assalamualaikum guys...


        Dah lama tak update blog. rasanya last update selepas SPM.. and now nak sambung study diploma accounting kat Kolej Poly-tech Mara di Alor Star baru nak update. nanti lepas 3 tahun baru nak update balik.. rasanya macam tu la.. hahaha.. (teruk gila blogger ni kan)

      Okey, nak story la sikit walaupun tau tak ada orang nak baca pon.. tapi tetap nak share. sebenarnya frust gila tak dapat UITM but dapat politeknik kat jitra. POLIMAS nama gelarannya. tapi disebabkan dapat kos yang tak minat iaitu Kejuteraan Mikatronik. rasa macam better aku p kos yang aku minat iaitu accounting kat Kolej Poly-tech Mara di Alor Star.

    Ada beberapa sebab la napa aku nak p walaupun kolej tu cuma bangunan kedai ja, tapi lantak la asalkan aku boleh belajar. kalau tak nak belajar mak Iqa kata tunggu orang masuk meminang, sapa la nak kat anak mak ni?? hahaha.. jarak kolej antara rumah aku sejam tepat. abang aku yang number 2 kerja dekat area tu jugak.  So kalau ada apa-apa masalah abang aku or mak abah aku senang nak datang.  masa aku dapat tawaran ni kan. emak dan abah aku ajak jom kita p tengok. aik depa pulak semangat lebih. yang aku ni dok blur nak p mana sebab time tu dapat UNIKL kos ICT kat KL. (agak minat sebab masa form4 dan 5 pernah belajar ict dan SPM dapat B+) kira okey la kan.. huhuhu

    Masa p tengok tu bangunan kedai ja. dalam hati boleh ka aku belajar. think positif iqa. belajar kat mana-mana pon sama jugak.  banyak bank kat situ sampai Iqa cakap kat abah ni nak buat bank yang mana ni? abah cakap tunggu dulu hang nak dapat pinjaman Mara or Ptptn. Iqa just kata okey. tapi nak p bank tu kena jalan sikit.   Iqa nampak dah tempat lepak yakni domino pizza, pizza hut dan kfc. kena jalan sikit la dalam 10 minit sampai la, tapi kalau jalan ramai-ramai tak rasa jauh la. Masa dalam kereta agak kuat la cakap ada domino pizza, pizza hut dan kfc la. emak dan abah terus membebel. kalau nak jalan kat sini ajak kawan-kawan jangan jalan seorang. hah kan dah kena, okey la. ikut ja..


    Dalam surat tawarn tu ada peta nak p asrama. p la tengok jap walaupun tak tahu kat mana kan. tapi boleh agak la kat mana sebab kat situ banyak taman perumahan. dekat sahab perdana (bus station )  tapi nak jalan jauh sikit la. senang sikit la nak balik kalau ada apa-apa hal. sebenarnya Iqa tak pernah  berjauhan dengan family. tapi rasanya masuk sini boleh atasi la masalah ni. sampai bila kan dok bawah ketiak emak. so nak berjaya dalam hidup kena korban sikit.. wahhh ayat tak boleh blahhh...


   Mak abah pujuk, masuk sini la dekat sikit kalau ada hal apa. nampak sangat tak nak lepaskan anak bongsu dan almaklum la anak pompuan tunggal dalam family tu. Iqa pon okey la, ikut la mana pun sebab tak tau dah nak fikir study kat mana. lagipun masa form 4 dan 5 memang ambik aliran akaun pon. tau la sikit-sikit basic akaun. but now dah banyak lupa. ni kes setengah tahun tak belajar. otak jadi lembap sikit. hehehe.. lepas ni perah otak la jawabnya.  tempat tu memang tengah-tengah bandar Alor Star. so nak p outing senang ja. (belum apa-apa dah pkir pasal outing)


  lagi seminggu lagi nak masuk, barang apapon tak beli lagi. tak packing barang lagi. rasanya esok nak p, hari ni baru kalut. memang perangai buat kerja last minute tak pernah berubah.. dalam hati kalau terlupa tak apa, ada orang boleh hantar ataupun aku balik rumah jap. pon boleh.. huhuhu.. tapi sebelum p aku kena ganti puasa tahun lepas, ala 2 hari lagi. esok lusa habis la hutang aku tu.. cop borang surat tawaran belum lagi ni dan salinan dokumen kena p sekolah nak cop. macam malas ja kan. tapi nak belajar p ja la. buat muka sepuluh sen nak cop kat cikgu aku.. hehehe.


okey la.. nanti aku update lagi kalau rajin. nampak sangat malas gila...

 
 
Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

SORRY, Lama tak update blog..



 Assalamuaikum guys..

         Lama dah tak update blog. nak kata buzy, tak la sangat.  Iqa dah jadi penganggur sejak habis periksaan SPM 2012. Result dah nak keluar tapi tak tahu bila pulak. katanya bulan 3 ni la. hari ni 1.3.2013 dah. makin hampir makin tak boleh tidur aku ni. risau doh..


         Now, sibuk dengan belajar kereta. teruk juga la kena marah dengan tenaga pengajar. bayangkan lah 4 cikgu ajar seorang anak murid. anak murid tu Iqa la. hahaha.. kelakar doh. tapi Iqa buat muka tak bersalah ja.. hehe.. Anak-anak murid mereka dah tau step dan reti dah bawak. so pakat mai ajar Iqa. haha.. pon boleh la. ( Kecian cikgu aku dapat anak murid macam aku.. hehe..)

 
        Setelah pujuk mak, akhirnya mak ajar iqa bawak kereta. memandang depan rumah  iqa ni jalan agak sunyi sikit. memang sesuai untuk belajar kereta la.tapi petang-petang orang dok jogging la. time petang tak boleh bawak la, kan tak pasal hantam anak orang yang dok jogging. mampus aku..


     hari ni Iqa happy sangat sebab abang Iqa number dua dan abang yang paling rapat dengan iqa.. (tengah taip entry ni kat dalam bilik dia, dia dok layan filem Juvana) Iqa memang rapat dengan dia. kos dia belajar Fisioterapi, Alhamdulillah dia dapat kerja dalam bidang dia sendiri. Dia baru habis belajar bulan 12. kira awal  jugak la dia dapat kerja. rezeki dia. lepas ni  dia boleh belanja adik dia ni. hahaha.. Semoga dia boleh kerja dengan elok dan berjaya dalam kehidupan dia.  i LOVE  u Abangah..


 P/S: ni Twitter baru Iqa.. https://twitter.com/IqaZaliqa
 Doakan Iqa lulus QTI kereta dan lulus JPJ..





Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...