Iqa zaliqa dah muncul...

Assalamualaikum semua...

      wewit wewit..... lamanya tak update blog, berapa zaman dah iqa tinggal blog ni..nak kata buzy macam PM,  tak pon.. hahaha.. tak ada cerita la nak ceritakan sebenarnya. Ada juga member tanya kenapa dah lama tak update blog?? iqa cuma senyum ja la. dalam hati cakap ' rasanya tak ada orang nak baca blog aku?' kan... kan.. kan... rindu nak blogging, stalk blogger orang tapi sekarang dah sambung study so memang la buzy sikit.

      entry last iqa dulu kolej KPTM kan, now iqa baru sem 2 dalam diploma in Accounting, alhamdulillah pointer sem 1 memuaskan, tak ada repeat paper.. syukur sangat2 tak repeat paper, kalau repeat paper malu gila weyh kena belajar subjek repeat tu dengan junior. tetiba ja orang panggil 'kak' rasa tua pulak. kih kih kih.. bohong kalau time study tak ada dugaan yang datang. banyak dugaan yang datang secara tiba-tiba pulak.. tapi semua tu mematangkan kita kan.. doakan sem sem akan datang tak repeat paper tau...     

   dulu sebelum masuk, selalu takut kalau tak dapat roomate yang sporting dan baik.. habis lah aku!! dah la aku ni jenis suka sembang dan perangai gila-gila sikit. buatnya mereka tak suka cara aku ka percakapan aku ka?? memang rasa nak berhenti lah!! (anak bongsu, memang camni) tapi alhamdulilah mereka semua sporting habis.. Dan yang penting mereka semua pandai  dan dan dan mereka tak kedekut ilmu..(banyaknya dan dia)

   satu lagi, pray for MH370 supaya kita dapat jumpa pesawat  tu.. rasa sedih kot bila tengok keluarga mangsa sedih. semoga keluarga mangsa tabah ya.. iqa yang tak ada kena mengena dengan mangsa pon dah menitis air mata.. pulanng lah, kami merindui anda!!!

 errr... nak taip apa lagi ya, tak tahu dah lah... semoga lepas ni tak abai kan blog ni.. tata titi tutu



      
Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

4 love iqa zaliqa:

n.adila said...

salam .ok tak belajar di situ ? adik ambik akaun jgak .

Iqa Zaliqa said...

wasalam, ok adik.. kalau jumpa kak, tegur ja la.. kak sem 3..

Encik Aqil said...

boleyh than post2 bdk ni ea..hahaha

Ieta Naziera said...

Assalammualaikum kak iqa... Blog kak iqa memang membantu la n mcm sama plak kite. Saya pon dip akaun kat situ. #calon baru. Kak org jitra ek? Saya pon org situ gak. Nama akak pon mcm familiar tp x ingat la pulak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...