Setiap orang ada masalah..

Assalamualaikum guys..

     Lama tak update blog, tetiba rindu nak menaip.. walaupun tahu bukan ada orang nak baca pon. sekarang minggu exam tapi menyempat lagi nak update sebab rindu sangat nak blogging ni tapi asyik busy tu la, busy ni la..

    Pernah tak korang rasa sampai satu  tahap korang akan rasa stress dan disekeliling kita semua benda tak betul. benda ini terjadi apabila nak exam atau ada masalah. Seteruk mana pon masalah itu, kita harus ingat Alla S.W.T selalu ada dengan kita. Andai masalah itu datang, anggap ja la itu satu ujian yang daripadanNya. prinsip iqa "tuhan tak bagi masalah tu kalau kita tak boleh nak handle".

    Pernah gaduh dengan orang tersayang contoh BF or GF ka , family ka? kalau orang perempuan lepas gaduh tu mesti nangis kan atau muka muram. tapi selalunya menangis la. (termasuk diri iqa sebab iqa ni sensitif sikit) tapi malu nak nangis depan orang. kunci pintu bilik, dok sorang-sorang lepas tu nangis la puas-puas. itu hilang masalah atau nak kurang nak masalah tu, kalau dah nangis tu teruskan menangis sebab menangis tu dapat hilangkan tekanan. menangis la sepuas-puasnya andai itu dapat anda akan rasa lega.

    Dalam hidup kita kan, ada seorang dalam hidup kita yang kita percaya dia sangat. apa pon cerita  or masalah kita akan bagitau dia. Tapi jangan silap cari orang sebab iqa pernah percaya dengan makhluk tuhan ni, kita punya la cerita masalah kita kat dia.. senang-senang ja dia cerita kat orang lain. sebab tu sekarang apa pon masalah iqa diam dan tak pernah bagitau. trauma dan fobia. tapi sejak ada roomate ni kan apa pon hal luah ja.. tak pendam dah. maybe masing-masing jauh dengan family, hidup pon kena berdikari so masing-masing ambik berat. budak bilik iqa cakap iqa ni kena paksa dulu baru dia nak cerita.. hihi.. jangan marah ya..

   Apa lagi eh nak taip ni, kalau ada masalah dengan BF or GF.. doakan lah selalu "apa pon masalah kita dengan dia, kalau dia dah ditetapkan dia jodoh kita, macammana pon dugaan tu, kita tetap disatukan. tapi kalau dia bukan jodoh kita, doakanlah dia dijodohkan dengam orang yang lebih baik dari kita dan sentiasa doa dia bahagia." to si dia.. saya sayang awak.. hihi.. ( dah mai dah perasan gedik tu) haha..

   ok, babai.. esok exam oi.. sambung study balik.. GOODNITE..

 
Thankz ya, DATANG LAGI YA, ^__^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...